Bissmilahirahmanirahim..
Assalamualaikum
wbrt..
Wah! Dah ada blog!
Itulah kata anak
saya; si Amir Afif bilamana dia nampak saya create blog pertama saya ni semalam; to be specifically pukul 2 pagi! Rasa janggal jugak disebabkan saya tak biasa menggunakan
medium blogging ini selain berinteraksi dalam media social iaitu Facebook peribadi
dan FanPage yang saya create untuk
tempat saya mencari rezeki. Dok terpikir boleh ke menaip entry dalam blog dengan masa dan kerja yang bertimbun kat ofis..
Apapun secara
positifnya saya berharap dapat berkongsi segala bala (kata orang Kedah) berkaitan bidang yang sangat saya minat dan kini
menjadi sebahagian hidup saya iaitu DUNIA
PENERBANGAN. Ya, walaupun tidak se-gah Juruterbang Airbus A380 atau Boeing 747
tetapi setidak-tidaknya saya mampu menyentuh awan bila-bila masa saya suka. Dan
paling penting minat dan kerjaya ini menjadi sumber rezeki yang sesucinya halal
kepada anak isteri di rumah..Kan?
Sebagai suami
dan babah kepada 2 orang putera dan 2
orang puteri yang paling indah dalam hidup saya, saya sentiasa bersyukur
dengan rahmatNya ini. Tanpa izinNya saya tak mungkin mampu berada lebih 3000 kaki di atas bumi dan memecut laju
300km/j membelah awan di bumi bertuah ini. Kesyukuran ini merupakan satu
perkara pertama yang saya nak kongsikan sebelum menjelajah lebih jauh dalam
bidang blogging ini. Bukan apa, takut terlupa diri dan bimbang juga kalau-kalau ada pengunjung
blog saya nanti akan beranggapan ini blog yang poyo dan syok sendiri.
Nauzubillah..
Sesungguhnya
tiada satu zarah pun niat untuk membangga apa yang saya dapat kerana ini semua
milikNya dan saya hanya menumpang nikmat yang diberikanNya. Dan terlalu banyak
rahmat dan perlindungan yang saya terima hinggakan tidak terhitung lagi.
Alhamdulilah.
So, tak perlu
sesedih sangat laa. Nak touching lebih-lebih better buka blog pasal cinta jer
kan.. sob.sob.sobb sampai sudah..So.. (dua kali so dah ni), Lets get airborne
with me and do enjoy the view from above!
Clear prop..!!
Capt. Pepatung
(12.12am)
Salam perkenalan di beri.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi datang 'terbang' ke blog JM..so ini adalah kunjunan balas. Seronok pulak dapat kenal dengan seorang juruterbang or pilot ni..passt..boleh tahu pilot firefly or AA...
Tak sabar x baca setiap perkongsian dalam blog ini..perkongsian dunia berbeza..pengalaman di atas awan.
salam kenal...
ReplyDeleteWaalaikumslm.. TQ sudi singgah .. :)
ReplyDelete