Thursday, 4 December 2014

Kenapa Nama Blog Capt. PEPATUNG.?

Assalamualaikum wbrt..

Sementara mata tak boleh tido ni dan sambil teman anak teruna saya menonton rancangan artis K_POP di Channel Korea ONEhd tu rasanya boleh saya explain  kot kenapa boh nama blog PEPATUNG.. Takde nama lain ka yang moden dan nampak gempak sikit? Setidak-tidaknya nama yang lebih ganas seperti burung HELANG ataupun burung RAJAWALI tu ye tak? Pepatung dengar ni macam serangga yang lemah lembut dan ada ciri-ciri romantic di situ.. Betul ke?
Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Serangga ni sebenarnya dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung ini juga adalah salah satu specis serangga yang paling laju terbang. Nak tahu lebih pasal Pepatung ni? Mai SINI.
Apapun bagi saya bilamana nak mula-mula pikir cari nickname blog yang bertemakan hal-hal penerbangan ni, sememangnya PEPATUNG yang terlintas di otak kiri saya. Bagi saya PEPATUNG adalah terlalu sentimental dan mempunyak berbagai makna tersirat. First of all, sewaktu jadi budak kecik di kampong dulu saya selalu ligan PEPATUNG ni sebab? Sebab apa? Sebab saya suka tengok bentuk badannya yang seakan-akan HELIKOPTER. Haa..nampak point saya di situ? Selain suka berlari-lari keliling laman rumah Tok Bedah bila terdengar bunyi helicopter Nuri TUDM yang lalu atas rumah, saya juga suka tangkap PEPATUNG ni..Kebanyakannya masih hidup sewaktu ditangkap.. Kebanyakkannya la..Statistik rasmi takde..OK..ada juga yang mati..haha
Maka, kesimpulannya PEPATUNG adalah pencetus minat dan keinginan saya untuk menjadi seorang Juruterbang Helikopter suatu hari nanti.. Sehingga hari ini , saya akan senyum sorang-sorang apabila terlihat mana-mana PEPATUNG; seolah saya berhutang budi pada spesisnya yang banyak melilau ( berkeliaran) di halaman rumah Tok Bedah saya.
Selain daripada itu, saya juga minat filem DRAGONFLY lakonan hero awesome; Kevin Costner dan Kethy Bates pada tahun 2002 yang bertemakan dragonfly (pepatung) sebagai subjek utama.. Best giler citer tu pasal kesungguhan dan kegigihan sorang suami mencari isteri yang hilang di hutan. Ending memang terbaik.. Tengok je You Tube kalau nak tahu lebih.
Ngantuk pulak.. Esok kerja beb!
Wassalam..



Capt Pepatung (2.00am)

7 comments:

  1. Anak teruna kapten minat K-pop...kalau mcm tu boleh give me five coz JM pun minat heeee

    Ohh..JM rasa memang sesuai sangat nama blog "Capt Pepatung' ni ada masksud tersirat

    teruskan menulis dan semoga blog ini nanti semakin di kenali ramai aminnn

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. saya visit sini dari blog Jari Manis. Selamat berblogging. Sama lah kita, baru start kenal dunia blogging :-)

    Kirim salam kat anak teruna capt.. kata kat dia kita geng.. hantu K-pop n korean drama..sebab tu dah berjaya sampai korea :-)

    Datanglah melawat blog saya zinziemeewah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoyee..nampaknya Kapten dah tambah kenalan baru heeee....

      Delete
  3. salam...telah add anda sebagai follower..kita tukar bloglist...saya telah masuk anda dalam bloglist saya...blogwalking..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. selamat dtg ke dunia blog . saya juga suka dgn chanel one hd tapi bkn k-pop , addict drama korea ...

    ReplyDelete