Thursday 18 December 2014

Bagaimana Helikopter Terbang?




Assalamualaikum wbrt..

Apa khabar semua? Masih bercuti ke? Untung la kan kalau ada rezeki lebih bawa keluarga jalan-jalan sempena cuti sekolah ni..Semoga anda selamat sepanjang percutian terutama semasa travel tu..

Tadi berborak-borak dengan kawan lama yang dah tak jumpa sejak tinggalkan alam persekolahan, macam-macam perkara dibincangkan. Mengumpat kawan-kawan lain pun ada..Tetapi ada satu soalan yang ditanyakan tadi kepada saya termasuk oleh anak-anak saya sendiri sebelum ini.. Macamana helikopter ni terbang? Susah ke nak bawa heli ni..so saya akan cuba terangkan se'simple mungkin untuk kawan-kawan yang tertanya-tanya perkara ini.. Yang dah jadi pilot tu mesti dah tahu..

Sebenarnya cara helikopter terbang; paling tepat bergerak di udara adalah sama konsepnya dengan kapal terbang. Cuma yang membezakannya secara fizikal adalah cara pesawat tersebut mendapat daya angkatan atau dalam bahasa penerbangan di panggil LIFT.. Kalau kapal terbang mempunyai sayap untuk mendapatkan daya angkatan maka helikopter juga mempunyai sayap; tetapi kat mana? Sayap helikopter sebenarnya adalah rotor atau bilah kipas itu sendiri cuma bezanya ianya berputar. Sebab itu lah kapal terbang di ketagorikan atau dikenali  sebagai pesawat bersayap kekal (fix wing) dan helikopter pula adalah bersayap putar (rotary wing).. simple kan?

Kuasa tolakan yang dihasilkan oleh enjin akan menolak pesawat ke hadapan dan kedudukan sayap akan diselaraskan untuk mengubah daya tolakan (tujahan) ini menjadi daya angkatan (lift) bagi membolehkan sesebuah pesawat terbang. kalau untuk memudahkan pemahaman cuba letakkan telapak tangan keluar tingkap kereta semasa bergerak. Letakkan secara mendatar kemudian perlahan - lahan ubah secara menegak.. Pasti telapak tangan kita akan serta merta tertolak ke atas kan?. Tolakan angin itulah yang menyebabkan sesebuah pesawat mampu bergerak ke atas .
Bagi helikopter, pergerakan bilah kipas yang besar itu (yang bertindak sebagai sayap) akan membelah udara sekeliling dan daya angkatan akan diperolehi dengan mengubah sudut kecondongan bilah kipas tersebut..Dengan bilangan putaran tertentu per minit oleh bilah kipas tersebut, daya angkatan akan diperolehi... (seperti contoh tapak tangan tadi).Bilah kipas yang dibahagian ekor helikopter (tail rotor) pula bertindak sebagai pengimbang  dan mengelak helikopter berpusing kesan daripada pusingan bilah kipas utama... Mudahkan konsepnya..?

Begitulah secara ringkas bagaimana helikopter berfungsi.. Harap dapat memberikan idea dan info pada yang bertanya..
Anda boleh google di sini dan di sini untuk mendapatkan lebih lanjut atau komen di bawah untuk saya jawab sedaya mampu.. Inshaalah.. :)

Wasalam

Capt Pepatung

5 comments:

  1. Terima kasih atas lawatan tuan dan memberi komen..

    ReplyDelete
  2. terima kasih infonya .. silahkan kunjungi kembali www.kreasimelati.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...I like this informative blog on aero infos.
    Followed...:)

    ReplyDelete
  4. Thanks share the info. Baru tau camne heli move kehadapan,

    ReplyDelete