Thursday 4 December 2014

Best ke jadi Pilot?

Assalamualaikum wbrt.
Apa yang best sangat jadi Pilot ni. Glamour sangat ka kalau nak dibandingkan dengan karier lain yang berjuta dalam dunia nie. Hebat lagi jadi engineer yang membina bangunan tinggi yang moden dan sofisikated macam KLCC dan Burj Dubai. Atau , jadi doktor pakar yang mampu merawat dan memberi manafaat pada ribuan manusia yang sentiasa memerlukan.
Ya, betul . Memang tidak dinafikan kerjaya pilot ni tidak segah mana apatah lagi pilot helicopter je. Gaji pun tidak lah besar berbanding risiko yang perlu di hadapi. Lain la kalau pilot Sukhoi atau Rafale.. Namun  dalam segalanya kita kena kembali pada Pencipta Yang Maha Mengetahui. Means, itu adalah rezeki dan ketentuan kita dalam hidup ini. Kerjaya itu best atau tak bergantung sejauh mana kita kaitkannya dengan makna bersyukur. Ada yang kerja buruh sahaja tetapi mereka bahagia dan rasa selesa serta mampu hidup seperti orang biasa.. Walau tidak mewah tetapi bahagia dengan cara mereka sendiri.

Memang saya pun tak rasa best sangat tapi kalau itu yang boleh berikan makna dan manafaat pada keluarga; kira best la tu. Kan.?
Best atau tidak ia subjektif dan bergantung pada persepsi serta perspektif minda masing-masing. Kapt Norudin dan Kapt Nik yang dianggap otai dalam kalangan Juruterbang kanan MAS sentiasa memberi inspirasi spiritual pada saya betapa apa yang kita ada bukan untuk dibanggakan. Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik dan bukan untuk dibesar-besarkan kepada hambaNya yang lain. Betul tak?
So apabila orang tanya best ke tak, saya senyum aje laa.. Best memang best pada yang menghargai dan faham tetapi pada yang berfikiran negatif, best itu nampak macam kita riak dan rasa hebat..
Terpulang lah.. Rezeki masing-masing yang membezakan hanya sejauh mana kita bersyukur..
Ok, jumpa lagi..
p.s Hanya tertanya;  Best ke tak Blog ni? Hahaha..
Wasalam..
Capt pepatung.

17 comments:

  1. BEST ke TIDAK hanya kia yg menentukan tapi bila sebut PILOT bagi JM mmg best tapi kalau di di sebut DRIVER bunyi x best hihihhi..

    So x kisah apapun kerjaya kita..jadikan ia sebuah kerjaya yang menarik baru rasa BEST!!!..ish berapa byk BEST lah....

    Blog ni?..masih di peringkat permulaan/panas enjin then belum dapat di kategorikan best ke tidak..

    Ehh..x best ke? habis tu kenapa JM baca semua entri yang ada ahahahaha..."ALaaaaa BEST lah tu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis... i can see that u r really peramah kan..heheeh.. now me too dah berjangkit. Suka baca blog orang n left comment :-)

      Delete
    2. Salihah..sis JM ni..pantang org datang singgah blog sis, so pasti ada kunjungan balas...org buat baik kita balas baik tak gitueww heeee...tambah kenalan boleh tambah kemesraan..tak rugi kan :-)

      Delete
  2. Tak best ke jadi pilot. selalunya kalau sebut kerja pilot jer mst pakat wow!!!! terkesima..heheh... nak2 pula pas cita rindu awak 200% kat tv3 tu.. lagila pakat dok syok tgk pilot..hahah.. kalau nak low profile orang sbut driver kapal terbang..heheh..
    Tak kisahla kan. best ke x yg penting rezeki tu halal ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sudi berkunjung dan memberi komen positif dalam blog nie.. Teriam kasih atas sokongan yang secara tak langsung dapat belajar otai blogger lain berblogging.. Semoga blog ini dapat beri manafaat kepada semua .. Aminn..
      TQTQ

      Delete
  3. dah add anda sebagai follower...juga telah masuk anda dalam bloglist...salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sala perkenalan Bro MKL (Pinjam kata Jari Manis)..Terima kasih sbb add dan semoga dapat belajar dari otai-otai semua..

      Delete
    2. psst : boleh tahu tak berapa usia captain skrg..itu kalau x kisah..bg memudahkan JM call u..or jika x kisah JM just call u Captain :-)

      Delete
    3. Just call captain je senang..dah tua nk masuk 40's.. hahaha..

      Delete
    4. okey captain..belum 40 series tu..muda laie... :-)

      Delete
  4. Salam kenal CP...Sebenarnya kita tak really envy pilot before this . tapi selepas kenal kapten Nik..(chewah melaui tv ajelah) kita rasa memang pilot ni best..biarpun tak banyak beza dari driver dan seangkatan, tapi risiko nya besar. Banyak nyawa yang bergantung kepada kepakaran mereka..biarpun semuanya ditentukan Allah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup 100%setuju tuan,, . well said..
      Dan salam perkenalan serta teriam kasih sebab sudi melawat dan memberi komen menarik di sini..

      Delete
  5. Datang singgah lagi tapi x de citer baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sbb singgah... Inshallah saya akan update entry baru.. TQTQ

      Delete
  6. Asalamualaikum wbrt.. Teriam kasih semua atas kesudian untuk melawat blog nie.. Mohon maaf sangat2 sebab tak update entry baru disebabkan kekangan kerja hujung tahun dan quality time dengan family.. Apapun sokongan dan galakan dari otai-otai blogger semua sangat saya hargai.. TQ Sis Jari Manis, Belog Santai, Bro Muhammad Khairuddin dan Sis Salihah atas pandangan dan komen anda semua.. Terima kasih. Terima kasih..
    Dah ada macam2 idea dan bahan untuk dikongsi termasuk kisah saya dan MH370.. haaaaa. TUNGUUU!
    Teruskan melawat dan sokongan anda amat dihargai..
    Wasalam

    ReplyDelete