Thursday 18 December 2014

Bagaimana Helikopter Terbang?




Assalamualaikum wbrt..

Apa khabar semua? Masih bercuti ke? Untung la kan kalau ada rezeki lebih bawa keluarga jalan-jalan sempena cuti sekolah ni..Semoga anda selamat sepanjang percutian terutama semasa travel tu..

Tadi berborak-borak dengan kawan lama yang dah tak jumpa sejak tinggalkan alam persekolahan, macam-macam perkara dibincangkan. Mengumpat kawan-kawan lain pun ada..Tetapi ada satu soalan yang ditanyakan tadi kepada saya termasuk oleh anak-anak saya sendiri sebelum ini.. Macamana helikopter ni terbang? Susah ke nak bawa heli ni..so saya akan cuba terangkan se'simple mungkin untuk kawan-kawan yang tertanya-tanya perkara ini.. Yang dah jadi pilot tu mesti dah tahu..

Sebenarnya cara helikopter terbang; paling tepat bergerak di udara adalah sama konsepnya dengan kapal terbang. Cuma yang membezakannya secara fizikal adalah cara pesawat tersebut mendapat daya angkatan atau dalam bahasa penerbangan di panggil LIFT.. Kalau kapal terbang mempunyai sayap untuk mendapatkan daya angkatan maka helikopter juga mempunyai sayap; tetapi kat mana? Sayap helikopter sebenarnya adalah rotor atau bilah kipas itu sendiri cuma bezanya ianya berputar. Sebab itu lah kapal terbang di ketagorikan atau dikenali  sebagai pesawat bersayap kekal (fix wing) dan helikopter pula adalah bersayap putar (rotary wing).. simple kan?

Kuasa tolakan yang dihasilkan oleh enjin akan menolak pesawat ke hadapan dan kedudukan sayap akan diselaraskan untuk mengubah daya tolakan (tujahan) ini menjadi daya angkatan (lift) bagi membolehkan sesebuah pesawat terbang. kalau untuk memudahkan pemahaman cuba letakkan telapak tangan keluar tingkap kereta semasa bergerak. Letakkan secara mendatar kemudian perlahan - lahan ubah secara menegak.. Pasti telapak tangan kita akan serta merta tertolak ke atas kan?. Tolakan angin itulah yang menyebabkan sesebuah pesawat mampu bergerak ke atas .
Bagi helikopter, pergerakan bilah kipas yang besar itu (yang bertindak sebagai sayap) akan membelah udara sekeliling dan daya angkatan akan diperolehi dengan mengubah sudut kecondongan bilah kipas tersebut..Dengan bilangan putaran tertentu per minit oleh bilah kipas tersebut, daya angkatan akan diperolehi... (seperti contoh tapak tangan tadi).Bilah kipas yang dibahagian ekor helikopter (tail rotor) pula bertindak sebagai pengimbang  dan mengelak helikopter berpusing kesan daripada pusingan bilah kipas utama... Mudahkan konsepnya..?

Begitulah secara ringkas bagaimana helikopter berfungsi.. Harap dapat memberikan idea dan info pada yang bertanya..
Anda boleh google di sini dan di sini untuk mendapatkan lebih lanjut atau komen di bawah untuk saya jawab sedaya mampu.. Inshaalah.. :)

Wasalam

Capt Pepatung

Syarikat Helikopter Swasta di Malaysia


Assalamualaikum wbrt..
Sedih ke sebab kekalahan Harimau Malaya malam nie? Sabar je la.. Bola kan bulat..Tak perlu nak serius sangat macam kalah final World Cup pulak.. Jom rehatkan minda dan tambahkan pengetahuan dengan informasi lain dari permainan merebut sebijik bola tu.. Chill laa..
Kali ini kita berkongsi sedikit pasal perkembangan dan kewujudan syarikat helikopter di Malaysia yang semakin tumbuh bagai cendawan.... Amacam?
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa industri penerbangan melibatkan  helikopter semakin berkembang pesat di Malaysia. Kita boleh melihat bukti perkembangan ini dengan melihat kewujudan pelbagai syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan helikopter yang semakin bertambah. Persaingan harga dan keperluan juruterbang pun turut bertambah ye tak..
Apa yang lebih menariknya; keadaan ini semakin terserlah di mana sehingga berlaku 'kesesakan' parking dan ketiadaan ruang hangar di Lapangan Terbang SAAS Subang. (Yang menjadi pusat utama perkhidmatan helikopter di Malaysia.) Keadaan ini jelas menampakkan negara kita semakin menuju ke arah negara maju seperti di Eropah yang menjadikan perkhidmatan helikopter sebagai satu kaedah pengangkutan utama.. Pergi ofis naik heli, sempoi yob!
Ok, mari kita berkenalan secara ringkas antara syarikat pengendali helikopter swasta yang ada di Malaysia sekarang..Click link berkenaan untuk maklumat selanjutnya..  Lets roll..!

1. Westar Aviation Services


2. Hornbill Skyways

3. Danga Bay Helicopter

4. Awan Inspirasi

5. MHS Aviaton

6. HeliStar


7. Sabah Air Aviation

Kebanyakan syarikat utama pengendali perkhidmatan helikopter ini menyediakan perkhidmatan pengangkutan dalam industri minyak dan carigali  kepada syarikat multinasional  seperti Petronas, Shell dan lain-lain. Selain dari itu, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan sewaan helikopter, perkhidmatan ambulan udara, khidmat fotografi udara, pengangkutan VVIP, latihan dan sebagainya.
So, itulah sahaja antara beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan helikopter di Malaysia yang sempat dikongsikan berdasarkan pengetahuan saya. Rasanya masih ada beberapa lagi yang sediada wujud di Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak ) yang mengoperasikan sekurang-kurangya satu helikopter  tetapi tidak sempat semua dikongsikan d sini.Jangan risau.. PakCik Google kan ado..
So, sampai bertemu lagi.. Sila-silalah kongsikan info ini di blog/FB anda moga menjadi manafaat kepada sesiapa yang ingin mengetahuinya.. Nanti kita bincangkan pulak tentang berapa GAJI PILOT helikopter ini. Dan mungkin kadar sewaan helikopter bagi yang berminat nak jalan-jalan makan awan..... Pasti menarik, kan..!  OK, jumpa lagi.
Salam hormat.
Wasalam..

Capt Pepatung
Port Dickson Golf & Country Club, PD

Wednesday 10 December 2014

Kapal Terbang VS Helikopter; Pilot mana lagi best?

Assalamualikum wbrt..

Tengah trending di laman sosial dan internet Malaya tentang juruterbang (Kapten) pertama wanita di Airasia.. Capt Noor Hafizah Binti Mohd Idrus. Pelbagai komen dapat kita tengok dan rata-rata berbangga dengan pencapaiannya. Ya, saya turut berbangga dengan kemampuan anak bangsa mencapai tahap itu.. Bukan mudah untuk mengemudi pesawat berharga jutaan ringgit (w/pun Airasia masih berhutang dengan Airbus hehe) dan membawa hampir 200 nyawa !!

Tetapi itu cerita dia la..dan rezeki Allah untuknya.. Nak meng'komen banyak pun tak le faham sangat pasal kapal terbang dan pesawat Airbus nie.. Selalu naik terus tido je..haha. So,citer pasal kita je la.yer tak.Walaupun dulu memang ada minat nak jadi pilot pesawat besar tetapi kos dan peluang 10 tahun lepas memang tak sama macam sekarang.. Dah banyak akademi yang menawarkan kemudahan mengambil lesen kapal terbang.. Biasiswa JPA dan MARA untuk bakal pilot pun ada..best kan?

So, apa beza Helikopter dan Kapal Terbang? Mana satu yang BEST!?
Ini juga isu yang agak sensitive dan subjektif. Setiap pendapat ada pro dan contra nya.. Bagi juruterbang helikopter, pasti  cakap helikopter yang best begitu jugak dengan juruterbang kapalterbang. Masing-masing ada justifikasi dan fakta masing- masing.
Pendapat saya? Hahaha.. As a helikopter pilot, mestilah helikopter best.Apapun,saya pernah juga bawa kapal terbang  kecik iaitu Cessna 172..(Mcm gambar kt bawah).Ye laa.. semasa ambik lesen  penerbangan di Australia dulu la.. Biasa la ambik lesen mesti dengan pesawat kecil macam ambik lesen kereta dengan Kancil, xkan ambik lesen dengan A380 plk kan? Capt Noor Hafizah tu pun ambik lesen dulu dengan pesawat ringan  Piper PA-28  atau DA 40 rasanya..tak pun Cessna 172 jugak macam saya..haha.So secara teori dan praktikalnya, saya ada  lesen kapal  terbang selain lesen helikopter.Cuma dah 10 tahun tak bawa kapal terbang nih...


Kapal terbang secara umumnya senang di bawa dan masa kritikalnya adalah ketika hendak berlepas dan mendarat ..Tu je masalahnyer.. Yang lain boleh lepas tangan dan even nak bangun ke kabin belakang ambik makanan dari stewardess pun boleh.. Teknologi sekarang even nak mendarat pun computer boleh uruskan....
Kalau helikopter ni, wajib  kena 'on control' dan 'in control ' sentiasa.. Pergerakan kedua-dua belah tangan, kedua-dua belah kaki perlu selaras dan konsisten bergantung kepada fasa penerbangan samada hendak bergerak ke kanan dan ke kiri, memecut atau berhenti terkantung-kantung (hovering).. Selagi enjin berfungsi, kena la pegang jer semua alat kawalan yang dikenali cylic, collective dan pedals..Tapi yang best tu boleh landing kat mana-mana yang kita suka.Balik kampung pun boleh...kalau kapal terbang, jawabnya... .haha .no komen..

Pilot kapal terbang memang glamour habis laa.. Samada dia atau komputer yang mendaratkan pesawat , pilot tu tetap nampak awesome..Berjalan di terminal airport sambil menarik beg hitam tu memang class dan  'clise' la..tambah plk kiri kanan ada pramugari .. Pilot helikopter macam saya plak just boleh landing kat tepi padang dan terus ke  kedai makan pekena mee rebus.. x lah best kan..(Macam pernah buat jer.) haha
So, begitulah  serba sedikit pasal kes Pilot Helikopter VS Kapal terbang.Panjang plk entry kali ni.. ( Qada kot.haha). Kesimpulannya apapun yang ditentukan kepada kita ada kebaikan dan keburukannya. Berbahas lebih nnt ada pilot Airasia n MAS yang serang blog nie..
Apapun ada perumpamaan di kalangan juruterbang yang popular --> PILOT HELIKOPTER SEMUANYA BOLEH  FLY KAPAL TERBANG TAPI TAK SEMUA PILOT KAPAL TERBANG BOLEH FLY HELIKOPTER.. :) Jangan maraa..
At the end, kepuasan bekerja adalah segalanya.. Once you love your job, so means the job is your life..otherwise, its just a daily duty to get money..
Wassalam..
Capt Pepatung

p/s : Tengah siapkan entry panjang pasal cerita sebenar diri saya dan MH370..Kenapa? Tunggu !

Thursday 4 December 2014

Best ke jadi Pilot?

Assalamualaikum wbrt.
Apa yang best sangat jadi Pilot ni. Glamour sangat ka kalau nak dibandingkan dengan karier lain yang berjuta dalam dunia nie. Hebat lagi jadi engineer yang membina bangunan tinggi yang moden dan sofisikated macam KLCC dan Burj Dubai. Atau , jadi doktor pakar yang mampu merawat dan memberi manafaat pada ribuan manusia yang sentiasa memerlukan.
Ya, betul . Memang tidak dinafikan kerjaya pilot ni tidak segah mana apatah lagi pilot helicopter je. Gaji pun tidak lah besar berbanding risiko yang perlu di hadapi. Lain la kalau pilot Sukhoi atau Rafale.. Namun  dalam segalanya kita kena kembali pada Pencipta Yang Maha Mengetahui. Means, itu adalah rezeki dan ketentuan kita dalam hidup ini. Kerjaya itu best atau tak bergantung sejauh mana kita kaitkannya dengan makna bersyukur. Ada yang kerja buruh sahaja tetapi mereka bahagia dan rasa selesa serta mampu hidup seperti orang biasa.. Walau tidak mewah tetapi bahagia dengan cara mereka sendiri.

Memang saya pun tak rasa best sangat tapi kalau itu yang boleh berikan makna dan manafaat pada keluarga; kira best la tu. Kan.?
Best atau tidak ia subjektif dan bergantung pada persepsi serta perspektif minda masing-masing. Kapt Norudin dan Kapt Nik yang dianggap otai dalam kalangan Juruterbang kanan MAS sentiasa memberi inspirasi spiritual pada saya betapa apa yang kita ada bukan untuk dibanggakan. Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik dan bukan untuk dibesar-besarkan kepada hambaNya yang lain. Betul tak?
So apabila orang tanya best ke tak, saya senyum aje laa.. Best memang best pada yang menghargai dan faham tetapi pada yang berfikiran negatif, best itu nampak macam kita riak dan rasa hebat..
Terpulang lah.. Rezeki masing-masing yang membezakan hanya sejauh mana kita bersyukur..
Ok, jumpa lagi..
p.s Hanya tertanya;  Best ke tak Blog ni? Hahaha..
Wasalam..
Capt pepatung.

Kenapa Nama Blog Capt. PEPATUNG.?

Assalamualaikum wbrt..

Sementara mata tak boleh tido ni dan sambil teman anak teruna saya menonton rancangan artis K_POP di Channel Korea ONEhd tu rasanya boleh saya explain  kot kenapa boh nama blog PEPATUNG.. Takde nama lain ka yang moden dan nampak gempak sikit? Setidak-tidaknya nama yang lebih ganas seperti burung HELANG ataupun burung RAJAWALI tu ye tak? Pepatung dengar ni macam serangga yang lemah lembut dan ada ciri-ciri romantic di situ.. Betul ke?
Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Serangga ni sebenarnya dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung ini juga adalah salah satu specis serangga yang paling laju terbang. Nak tahu lebih pasal Pepatung ni? Mai SINI.
Apapun bagi saya bilamana nak mula-mula pikir cari nickname blog yang bertemakan hal-hal penerbangan ni, sememangnya PEPATUNG yang terlintas di otak kiri saya. Bagi saya PEPATUNG adalah terlalu sentimental dan mempunyak berbagai makna tersirat. First of all, sewaktu jadi budak kecik di kampong dulu saya selalu ligan PEPATUNG ni sebab? Sebab apa? Sebab saya suka tengok bentuk badannya yang seakan-akan HELIKOPTER. Haa..nampak point saya di situ? Selain suka berlari-lari keliling laman rumah Tok Bedah bila terdengar bunyi helicopter Nuri TUDM yang lalu atas rumah, saya juga suka tangkap PEPATUNG ni..Kebanyakannya masih hidup sewaktu ditangkap.. Kebanyakkannya la..Statistik rasmi takde..OK..ada juga yang mati..haha
Maka, kesimpulannya PEPATUNG adalah pencetus minat dan keinginan saya untuk menjadi seorang Juruterbang Helikopter suatu hari nanti.. Sehingga hari ini , saya akan senyum sorang-sorang apabila terlihat mana-mana PEPATUNG; seolah saya berhutang budi pada spesisnya yang banyak melilau ( berkeliaran) di halaman rumah Tok Bedah saya.
Selain daripada itu, saya juga minat filem DRAGONFLY lakonan hero awesome; Kevin Costner dan Kethy Bates pada tahun 2002 yang bertemakan dragonfly (pepatung) sebagai subjek utama.. Best giler citer tu pasal kesungguhan dan kegigihan sorang suami mencari isteri yang hilang di hutan. Ending memang terbaik.. Tengok je You Tube kalau nak tahu lebih.
Ngantuk pulak.. Esok kerja beb!
Wassalam..



Capt Pepatung (2.00am)

Wah! Dah ada Blog!

Bissmilahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbrt..

Wah! Dah ada blog!
Itulah kata anak saya; si Amir Afif bilamana dia nampak saya create blog pertama saya  ni semalam; to be specifically  pukul 2 pagi!  Rasa janggal jugak disebabkan saya tak biasa menggunakan medium blogging ini selain berinteraksi dalam media social iaitu Facebook peribadi dan FanPage  yang saya create untuk tempat saya mencari rezeki. Dok terpikir boleh ke menaip entry dalam blog dengan masa dan kerja yang  bertimbun kat ofis..
Apapun secara positifnya saya berharap dapat berkongsi segala bala (kata orang Kedah)  berkaitan bidang yang sangat saya minat dan kini menjadi sebahagian hidup saya iaitu DUNIA PENERBANGAN. Ya, walaupun tidak se-gah Juruterbang Airbus A380 atau Boeing 747 tetapi setidak-tidaknya saya mampu menyentuh awan bila-bila masa saya suka. Dan paling penting minat dan kerjaya ini menjadi sumber rezeki yang sesucinya halal kepada anak isteri di rumah..Kan?
Sebagai suami dan babah kepada 2 orang putera dan 2  orang puteri yang paling indah dalam hidup saya, saya sentiasa bersyukur dengan rahmatNya ini. Tanpa izinNya saya tak mungkin mampu berada lebih  3000 kaki di atas bumi dan memecut laju 300km/j membelah awan di bumi bertuah ini. Kesyukuran ini merupakan satu perkara pertama yang saya nak kongsikan sebelum menjelajah lebih jauh dalam bidang blogging ini. Bukan apa, takut terlupa diri  dan bimbang juga kalau-kalau ada pengunjung blog saya nanti akan beranggapan ini blog yang poyo dan syok sendiri. Nauzubillah..
Sesungguhnya tiada satu zarah pun niat untuk membangga apa yang saya dapat kerana ini semua milikNya dan saya hanya menumpang nikmat yang diberikanNya. Dan terlalu banyak rahmat dan perlindungan yang saya terima hinggakan tidak terhitung lagi. Alhamdulilah.
So, tak perlu sesedih sangat laa. Nak touching lebih-lebih better buka blog pasal cinta jer kan.. sob.sob.sobb sampai sudah..So.. (dua kali so dah ni), Lets get airborne with me and do enjoy the view from above!
Clear prop..!!


Capt. Pepatung (12.12am)