Assalamualikum wbrt..
Tengah trending di laman sosial dan internet Malaya tentang juruterbang (Kapten) pertama wanita di Airasia.. Capt Noor Hafizah Binti Mohd Idrus. Pelbagai komen dapat kita tengok dan rata-rata berbangga dengan pencapaiannya. Ya, saya turut berbangga dengan kemampuan anak bangsa mencapai tahap itu.. Bukan mudah untuk mengemudi pesawat berharga jutaan ringgit (w/pun Airasia masih berhutang dengan Airbus hehe) dan membawa hampir 200 nyawa !!
Tetapi itu cerita dia la..dan rezeki Allah untuknya.. Nak meng'komen banyak pun tak le faham sangat pasal kapal terbang dan pesawat Airbus nie.. Selalu naik terus tido je..haha. So,citer pasal kita je la.yer tak.Walaupun dulu memang ada minat nak jadi pilot pesawat besar tetapi kos dan peluang 10 tahun lepas memang tak sama macam sekarang.. Dah banyak akademi yang menawarkan kemudahan mengambil lesen kapal terbang.. Biasiswa JPA dan MARA untuk bakal pilot pun ada..best kan?
So, apa beza Helikopter dan Kapal Terbang? Mana satu yang BEST!?
Ini juga isu yang agak sensitive dan subjektif. Setiap pendapat ada pro dan contra nya.. Bagi juruterbang helikopter, pasti cakap helikopter yang best begitu jugak dengan juruterbang kapalterbang. Masing-masing ada justifikasi dan fakta masing- masing.
Pendapat saya? Hahaha.. As a helikopter pilot, mestilah helikopter best.Apapun,saya pernah juga bawa kapal terbang kecik iaitu Cessna 172..(Mcm gambar kt bawah).Ye laa.. semasa ambik lesen penerbangan di Australia dulu la.. Biasa la ambik lesen mesti dengan pesawat kecil macam ambik lesen kereta dengan Kancil, xkan ambik lesen dengan A380 plk kan? Capt Noor Hafizah tu pun ambik lesen dulu dengan pesawat ringan Piper PA-28 atau DA 40 rasanya..tak pun Cessna 172 jugak macam saya..haha.So secara teori dan praktikalnya, saya ada lesen kapal terbang selain lesen helikopter.Cuma dah 10 tahun tak bawa kapal terbang nih...
Kapal terbang secara umumnya senang di bawa dan masa kritikalnya adalah ketika hendak berlepas dan mendarat ..Tu je masalahnyer.. Yang lain boleh lepas tangan dan even nak bangun ke kabin belakang ambik makanan dari stewardess pun boleh.. Teknologi sekarang even nak mendarat pun computer boleh uruskan....
Kalau helikopter ni, wajib kena 'on control' dan 'in control ' sentiasa.. Pergerakan kedua-dua belah tangan, kedua-dua belah kaki perlu selaras dan konsisten bergantung kepada fasa penerbangan samada hendak bergerak ke kanan dan ke kiri, memecut atau berhenti terkantung-kantung (hovering).. Selagi enjin berfungsi, kena la pegang jer semua alat kawalan yang dikenali cylic, collective dan pedals..Tapi yang best tu boleh landing kat mana-mana yang kita suka.Balik kampung pun boleh...kalau kapal terbang, jawabnya... .haha .no komen..
Pilot kapal terbang memang glamour habis laa.. Samada dia atau komputer yang mendaratkan pesawat , pilot tu tetap nampak awesome..Berjalan di terminal airport sambil menarik beg hitam tu memang class dan 'clise' la..tambah plk kiri kanan ada pramugari .. Pilot helikopter macam saya plak just boleh landing kat tepi padang dan terus ke kedai makan pekena mee rebus.. x lah best kan..(Macam pernah buat jer.) haha
So, begitulah serba sedikit pasal kes Pilot Helikopter VS Kapal terbang.Panjang plk entry kali ni.. ( Qada kot.haha). Kesimpulannya apapun yang ditentukan kepada kita ada kebaikan dan keburukannya. Berbahas lebih nnt ada pilot Airasia n MAS yang serang blog nie..
Apapun ada perumpamaan di kalangan juruterbang yang popular --> PILOT HELIKOPTER SEMUANYA BOLEH FLY KAPAL TERBANG TAPI TAK SEMUA PILOT KAPAL TERBANG BOLEH FLY HELIKOPTER.. :) Jangan maraa..
At the end, kepuasan bekerja adalah segalanya.. Once you love your job, so means the job is your life..otherwise, its just a daily duty to get money..
Wassalam..
Capt Pepatung
p/s : Tengah siapkan entry panjang pasal cerita sebenar diri saya dan MH370..Kenapa? Tunggu !
salam
ReplyDeleteanak sulung akak pernah 3 kali intervew pilot Mas..tp takde ezeki..
Wksalam.. Insha allah kak.. mungkin dia ada rezeki lebih baik di bidang lain.. Terima kasih singgah di sini..
Deletebawa heli lah best blh dpt tgk view yg lbh luas n mcm awk cakap , blh landing kat mana2 cuma krg glamer lah kan ...
ReplyDeleteErm..betul tu..apapun yang pnting kita minat dengan kerja kita, mesti enjoy. Terima kasih sebab sudi singgah d sini.. harap dapat belajar berblogging dengan otai2 semua..
DeleteBest jadi pilot. Tap macam takut juga sekrang ni nak jadi pilot. Macam-macam boleh jadi.
ReplyDeleteTerima kasih sbb sudi tinggalkan komen di sini.. apapun harap kita selamat dalam setiap apa yg kita laksanakan.. Salam.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete